Wednesday, September 30, 2015

Test test..Perjalanan bermula...

Bismillah...

Test test...

Hehehe...


Jadi didalam blog ini juga aku akan berkongsi pengalaman aku sebagai pelajar post grad "Master in Information Technology"  dan sedikit tips2 untuk teman teman seperjuangan sekalian..

Aku mula memasuki UNITEN pada oktober 2014..Semasa aku mengisi form utk kemasukan, aku diberi pilihan untuk memilih sama ada untuk memilih Pilihan A,B, atau C

A :  Research sahaja
B :  Research dan Course work
C:   Coursework sahaja

Pada mula nya aku nak amek pilihan C, kerana pada fikiran ku yang naif ni, aku malas nak buat research, tapi course yang aku amek mmg tak offer coursework sahaja dan aku dapat nasihat daripada pensyarah kolej lama aku,supaya berjinak-jinak dengan research masa Master ni supaya kita takde la rasa terkapai kapai sangat masa nak amek PHD nanti.

Jadi aku mengambil pilihan B, dimana ada kelas dan ada research..dimana kite kene tamatkan 7 subjek dan siapkan dissertation

Banyak lebih nya jika amek pilihan B ni.. Antara contohnya, kita dapat banyak network bila kenal ramai orang dalam kelas.. kebanyakan pelajar pun orang yang dah bekerjaya. Dalam masa yang sama kite dapat kenal kenal senior yang sedang/dah hampir setel dissertation.Kita juga dapat kenal kenal dengan pensyarah dan boleh le kite aim2 mana mana pensyarah yang kite rase sesuai nak buat SV utk dissertation nanti..Aku juga diberitahu, bila VIVA utk pilihan B ni nanti tak lah dihentam seteruk pelajar PG yang amek pilihan A yang mana buat research sahaja. Kelas pula petang pada pukul 6.30, jadi boleh sahaja, aku cari kerja sambil belajar ni..

Sekarang aku baru sahaja tamat semester 2, dimana masa sem satu aku pulun amek 4 subjek, dan semester 2 aku amek 3 subjek.. jadi tinggal buat dissertation sahaja pada sem akan datang.. Alhamdullilah, sepanjang pengajian aku, semua pensyarah yang mengajar aku banyak membantu, sentiasa ada masa untuk membantu pelajar, pakar dalam bidang masing2 dan paling penting semuanya mengajar best dan mudah untuk aku fahami.. 

Makanya sekian sahaja coretan aku pada kali ini. lain kali aku tambah lagi. hak hak hak..

Kalau nak tahu lebih detail pasal program Masters dan PHD di UNITEN boleh la ke link ni  http://cogs.uniten.edu.my/portal/  .